Nama Tuhan (ditandai) muncul dalam manuskrip kuno Bible

Apakah Ajaran Bible?

Apakah Ajaran Bible?

Adakah Tuhan mempunyai nama?

SESETENGAH ORANG BERKATA bahawa Dia tiada nama, ada pula berkata bahawa nama-Nya ialah Tuhan atau Tuan, dan ada juga yang berkata bahawa Dia mempunyai banyak nama. Apakah pendapat anda?

JAWAPAN BIBLE

‘Tuhan berfirman kepada Musa, “Aku adalah Yahweh [“Yehuwa,” NW].”’​—Keluaran 3:14, nota kaki.

HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE

  • Walaupun Tuhan mempunyai banyak gelaran, Dia mempunyai satu nama sahaja.​—Keluaran 3:15.

  • Tuhan bukanlah suatu misteri; Dia mahu kita mengenali-Nya.​—Kisah 17:27.

  • Mengenali nama Tuhan merupakan langkah pertama untuk menjalin persahabatan dengan-Nya.​—Yakobus 4:8.

Adakah salah untuk menyebut nama Tuhan?

APAKAH JAWAPAN ANDA?

  • Ya

  • Tidak

  • Mungkin

JAWAPAN BIBLE

‘Jangan sebut nama-Ku untuk maksud yang jahat kerana Aku Yehuwa, Tuhan kamu.’ (Keluaran 20:7) Adalah salah untuk menggunakan nama Tuhan hanya jika nama-Nya digunakan secara tidak hormat.​—Yeremia 29:9.

HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE