Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Perkara yang Harus Dielakkan semasa Mengendalikan Pembelajaran Bible

Perkara yang Harus Dielakkan semasa Mengendalikan Pembelajaran Bible

Bercakap Banyak: Anda tidak perlu menjelaskan semua perkara. Yesus menggunakan soalan untuk membantu orang berfikir dan membuat kesimpulan yang betul. (Mt 17:24-27) Soalan dapat menjadikan pembelajaran Bible lebih menarik dan membantu anda mengetahui apa yang difahami atau dipercayai pelajar anda. (be-IN 253-254 ¶2-3) Selepas menanyakan soalan, tunggulah jawapannya dengan sabar. Jika jawapannya salah, janganlah terus memberikan jawapan yang betul. Sebaliknya, tanyalah soalan tambahan untuk membantunya mencapai kesimpulan yang tepat. (be-IN 238 ¶2-3) Janganlah bercakap terlalu laju agar pelajar anda dapat memahami ajaran yang disampaikan.—be-IN 230 ¶4.

Mengelirukan Pelajar: Elakkan daripada menghuraikan semua yang anda tahu tentang topik yang dibincangkan. (Yoh 16:12) Sebaliknya, bertumpulah kepada isi-isi utama. (be-IN 226-227 ¶4-5) Maklumat tambahan, meskipun menarik, dapat mengaburi isi utama. (be-IN 235 ¶3) Jika pelajar Bible memahami isi utama topik itu, beralihlah ke perenggan seterusnya.

Hanya Menyampaikan Maklumat: Kita ingin mencapai hati pelajar, dan bukannya sekadar menyampaikan maklumat. (Lu 24:32) Huraikan ayat-ayat utama dalam topik itu agar anda dapat menggunakan Firman Tuhan dengan sebaik-baiknya. (2Ko 10:4; Ibr 4:12; be-IN 144 ¶1-3) Gunakanlah perumpamaan yang mudah difahami. (be-IN 245-246 ¶2-4) Pertimbangkan cabaran serta kepercayaan pelajar dan buatlah penyesuaian menurut keperluannya. Tanyalah soalan-soalan seperti: “Apakah pendapat anda terhadap apa yang telah anda pelajari?” “Apakah yang kita pelajari mengenai Yehuwa?” “Apakah manfaatnya jika anda menerapkan nasihat ini?”—be-IN 238-239 ¶4-6; 259 ¶1.