Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Belajar

Belajar

Mengapakah seorang Kristian harus mempelajari Firman Tuhan secara tetap?

Mz 1:​1-3; Ams 18:15; 1Ti 4:6; 2Ti 2:15

Lihat juga Kis 17:11

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mz 119:​97-101—Pemazmur mengatakan bahawa dia mengasihi hukum Tuhan dan menyatakan manfaat-manfaat kerana menerapkannya dalam hidup

    • Da 9:​1-3, nota kaki—Nabi Daniel memahami daripada kitab-kitab suci bahawa tidak lama lagi pembuangan orang Israel di Babilon selama 70 tahun akan berakhir

Mengapakah kita harus terus memperoleh pengetahuan?

Ibr 6:​1-3; 2Pt 3:18

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ams 4:18—Sebagaimana sinaran matahari waktu pagi makin lama makin terang, Yehuwa juga terus membuat kebenaran Bible makin jelas kepada mereka yang mengasihi-Nya

    • Mt 24:​45-47—Yesus menubuatkan bahawa dia akan melantik “hamba yang setia dan bijaksana” yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan rohani yang tepat pada masanya semasa hari-hari terakhir

Mengapakah kebijaksanaan dalam Bible lebih baik daripada kebijaksanaan yang diperoleh dalam buku yang dihasilkan oleh manusia?

Apakah yang Yehuwa janji kepada mereka yang mempelajari Bible kerana ingin menyenangkan hati-Nya?

Untuk memperoleh manfaat daripada pembelajaran peribadi kita, apakah yang patut kita doakan?

Mengapakah kita patut memanfaatkan sepenuhnya makanan rohani yang disediakan melalui “hamba yang setia dan bijaksana”?

Mengapakah kita harus berusaha memperoleh pengetahuan yang tepat dan lengkap tentang ajaran Bible?

Mengapakah penting bagi kita untuk mendapatkan kebijaksanaan dan pengertian?

Mengapakah kita patut membaca secara perlahan dan memikirkan dengan mendalam tentang apa yang kita baca?

Mengapakah kita harus merenungkan cara menerapkan ajaran Bible dalam hidup kita?

Mengapakah kita harus merenungkan cara untuk menjelaskan kebenaran Bible kepada orang lain?

Apakah manfaatnya jika kita berulang kali mempelajari ajaran Bible yang penting?

2Pt 1:13; 3:​1, 2

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ul 6:​6, 7; 11:​18-20—Yehuwa memerintahkan umat-Nya untuk mengajar anak mereka tentang Hukum-Nya secara berulang kali pada setiap kesempatan

Apakah manfaatnya membincangkan Firman Tuhan sebagai sebuah keluarga?

Ef 6:4

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 18:​17-19—Yehuwa mahu Abraham mengajar rumah tangganya untuk mematuhi-Nya dan melakukan apa yang benar

    • Mz 78:​5-7—Orang Israel dikehendaki untuk mengajar anak-anak mereka tentang Yehuwa supaya generasi seterusnya akan terus yakin kepada-Nya

Apakah manfaatnya belajar bersama semasa perjumpaan sidang?

Ibr 10:25

Lihat juga Ams 18:1